Monday, March 7, 2011




My Genius merupakan suatu pendekatan Terapi dan Motivasi secara holistik melalui kaedah Terapi Revolusi Teknologi Energi. Fokus utama adalah pembangunan Kekuatan Jiwa ( Rohani ) dan pembangunan Kekuatan Jasmani ( kesihatan diri ) bagi menguasai potensi diri dari aspek Spiritual ( SQ ), Emosi ( EQ ), Mental ( IQ ) dan Fizikal ( FQ ) secara seimbang.

Kajian menunjukkan bahawa faktor KEMANUSIAAN lebih dominan di dalam menyumbang KECEMERLANGAN didalam sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Lebih khusus lagi, faktor SIKAP pada manusia lebih mendominasi faktor-faktor seperti penyakit, tingkahlaku, kemahiran, potensi diri, dan kepakaran di dalam proses meningkatkan kualiti & produktiviti. Melalui kaedah Bio-Feedback atau Ujian Otot Tangan (Applied Kinesiology) yang berteraskan komunikasi Pemikiran Minda Bawah Sedar bersatu dengan niat yang tulus, dengan mudah dapat mengenalpasti kelaziman sikap & tingkahlaku yang selama ini mungkin terpendam pada seseorang itu.

AGEN DAN PENGEDAR DIPERLUKAN SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT EN FAIZAL 0197989836 USTAZ RAHMAN 0197493984


PENDAHULUAN

Sikap & tingkahlaku akan mencerminkan personaliti seseorang. Ianya berbeza pada setiap seseorang. Ini lebih jelas bilamana kita melihat pada seseorang itu tentang cara berfikirnya, gaya pengurusan, gerak kerja dan proses pembelajarannya.

Seorang yang memikili kekuatan Spiritual misalnya mempunyai cara berfikir secara lateral (lateral thinking), sangat menitikberatkan soal kemanusiaan, memahami kemahuan orang lain hingga mampu memberi motivasi kepada rakan sekerja serta lebih disenangi oleh orang bawahannya. Menitikberatkan aspek kepakaran, kemahiran & keselamatan pekerja berbanding produktiviti.

Bagi seorang yang mempunyai kekuatan Emosi pula akan berfikir secara terbuka serta suka mencari alternatif, tidak suka terikat dengan faktor masa apabila melakukan sesuatu perkara, sentiasa mencari idea-idea baru dan melihat sesuatu perkara itu tentang masa depannya. Risiko dianggap sebagai suatu cabaran di dalam kerjayanya (risk taker) serta menekankan aspek semangat melakukan sesuatu pekerjaan berbanding aspek teknikal, terperinci dan prosedur.



Manakala bagi individu yang lebih cenderung kepada kekuatan Mental pula selalunya sentiasa kuat berfikir, sukar menerima dan mempercayai sesuatu perkara yang kabur serta tidak logik. Sentiasa menitikberatkan soal fakta, sukar menerima pembaharuan lebih-lebih lagi yang bersifat kreatif. Terlalu bergantung lepada fakta dan maklumat kajian serta berpegang teguh kepada prinsip yang telah ditetapkan pada mindanya.

Akhirnya individu yang mempunyai kelebihan pada Fizikalnya sentiasa memiliki gaya berfikir secara vertical (vertical thinking), melakukan sesuatu perkara dengan mengutamakan peraturan dan prosedur. Menekankan aspek masa dan jadual, bekerja secara sistematik, tabah, tekun & lebih berhati-hati serta tidak berani menangung risiko dengan melakukan sesuatu pembaharuan atau perubahan. Lebih mementingkan soal produktiviti berbanding aspek sumber manusia serta menekankan aspek operational planning.

AGEN DAN PENGEDAR DIPERLUKAN SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT EN FAIZAL 0197989836 USTAZ RAHMAN 0197493984


Perbezaan kelaziman sikap & tingkahlaku ini seharusnya difahami untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh organisasi atau pihak pengurusan bagi mewujudkan suasana dan persekitaran tempat kerja yang harmoni. Mengenali sikap & tingkahlaku sebenarnya akan memotivasikan setiap individu untuk sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri unggul dan sekaligus akan memberi impak kepada peningkatan kualiti & produktiviti seseorang khususnya dan kepada sesebuah organisasi amnya.